THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, July 26, 2009

Apa itu Cloth Diapers

SEDIAKAH ANDA BERUBAH

dari

ke

Mari Kenali Cloth Diapers

Cloth Diapers terdiri daripada Pocket Pants dan Insert



Pocket Pants atau saya panggil CD sahaja

Bahagian Luar dari kain PUL atau fabric polyurethane laminate yang tahan lasak dan waterproof (kalis air)

Bahagian dalam dari Soft Inner Layer atau fabric microfleece/suede berfungsi memastikan punggung bayi berada dalam keadaan kering dan mudah untuk dibersihkan.

Snap Buttons (Butang Katup)
: Untuk sesuaikan sz dari S, M dan L.

Pocket Opening :
Ruang untuk memasukkan insert/soaker


Insert/Soaker
: Berfungsi menyerap basahan dari bayi anda. Sehelai boleh bertahan 3-4 jam.

Apa itu ONE SIZE CD ?


Merupakan CD yang boleh diubahsuai saiz dari S ke M atau L hanya menyelaraskan butang-butang seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah.

KENAPA PERLU PILIH CLOTH DIAPERS????


1. Jimat kos pembelian.

Walaupun harga sehelai cd akan dipandang mahal bagi pengguna kerana harga sehelai cd dah dapat beli sepeket disposable diapers bukan???. Tapi mari kita fikirkan dari segi jangka masa panjang. Lebih2 lagi kalau anda bercadang mempunyai anak seterusnya.

JOM KITA KIRAKAN......

Kos menggunakan Pampers
sehari katakan 6 kali, dan katakan harga sekeping ialah RM0.60

RM0.60 X 6 = RM3.60 sehari
RM3.60 X 365 hari=RM1314 setahun
RM1314 X 3 =RM3942 untuk 3 tahun


Kos belian Cloth Diapers berharga RM36

Beli 10 helai : 10 x RM36 = RM 360
Beli 20 helai : 20 x RM36 = RM 720
* lebih banyak stok CD(cloth diapers) anda lebih tahan lama, kerana lambat lusu
h


Jimat kerana boleh digunakan untuk anak seterusnya.
Jimat juga kerana boleh digunakan dari saiz S, M dan L


2.Cloth Diapers Lebih Sihat daripada pamper (lampin pakai buang)

Info Pampers


I
su Kesihatan

Lampin Pakai Buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya

Dioxin - bahan yan terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA.

Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah0merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome

TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

Kes ruam lampin yang kian meningkat - Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang. Sebab-sebab yang ruam lampin adalah alahan, kekrangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.

Isu Alam Sekitar

Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menybabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik

Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah).

Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

Lampin Kain ternyata lebih mesra alam

Kos


Wang adalah faktor penting yang perlu diambilkira semasa memilih sistem bagi menggunakan lampin kain. Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal apabila dicongak balik, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin. Penjimatan kos dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah

3.Cloth Diapers Mesra Alam
Pampers merupakan 50% daripada sampah domestik rumah mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya.

4.Cloth Diapers Bergaya

Terdapat dalam pelbagai pilihan warna untuk dipakaikan anak-anak kita.


1. Penggunaan kali pertama, CD dan Insert hendaklah dibasuh tanpa sabun. CD sekurangnya 2x manakala Insert sekurangnya 3x. Kenapa ? Membuang sisa kotoran pengilang dan menambah baik daya serapan fabrik terhadap cecair

2. Masukkan insert ke dalam pocket diaper dan selaraskan sz yang bersesuaian

3. Untuk penggunaan siang hari boleh gunakan sekeping insert, manakala malam ialah 2 insert. 1 insert boleh tahan 3-4 jam.


Jadual berikut boleh dijadikan rujukan :
7-10 pg : 1 helai cd + 1 insert
10-1 tg : 1 helai cd + 1 insert
1-4 ptg : 1 helai cd + 1 insert
4-7 ptg : 1 helai cd + 1 insert
7-12 mlm : 1 helai cd + 2 insert
12-7 pg : 1 helai cd + 2 insert

*Bergantung pada kekerapan anak anda buang air kecil

So total sehari penggunaan ialah 6 keping CD bersama 8 helai insert